Aku dan family mengembara di bumi Durham 3 - 5 Jun yang lalu. Best gak lanskap Durham. Bersih dan bersuasana kampung. Nyaman sungguh udara Durham. Sepanjang perjalanan nampak banyak ladang yang luas dan ternakan yang sedang makan rumput seperti kambing biri-biri dan lembu. Memang best. Satu hari nanti kami akan bertandang lagi ke sana. Jutaan terima kasih kepada Kak Zarina dan Abg Naso yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan melayan kami "shopping".

Berhenti makan di RnR ntah mana ntah. Lupa nama tempat nie.

Baru sampai Dalton Park, tempat untuk shopping.


Niza dan Kak Zarina's family.


Sempat ambil gambar semasa shopping.


Arif and his favorite character.



Sengih-sengih Ulfah nie.


Nie senyum simpul namanya.

Main hujan di Durham Market.
Mercu tanda di Durham Market.
\
Di depan Durham Indoor Market.

Hari ini 3 Jun 2009, kami mempunyai perancangan untuk melawat sahabat yang berada di Durham. Sebenarnya kami rancang untuk pergi semalam tapi disebabkan suami tak berapa sihat, so tangguh ke hari ini. Alhamdulillah, suami beransur sihat. Begitu juga dengan anak-anak. So, Insyallah kami akan tetap meneruskan program kami sementara aku masih bercuti.

Segala persiapan disediakan terutamanya kenderaan, makanan, dan pakaian. Perjalanan yang akan mengambil masa kira-kira 3.30 jam memerlukan persiapan yang rapi memandangkan ini merupakan perjalanan jauh kami yang pertama semenjak menjejakkan kami ke bumi Glasgow.

Aku seperti biasa, masak makanan untuk dibawa bersama. Anak-anak masih tidur. Suami mempersiapkan apa yang patut dibawa. Perjalanan akan dibuat secara santai. Tidak terburu-buru untuk ke destinasi yang dituju. Kalau ada tempat menarik dalam perjalanan, kami akan berhenti untuk berehat dan snap gambar-gambar yang menarik. Doakan kami selamat dalam perjalanan.

Kami beriadah di Richmond Park. Di tengah park ada banyak angsa. Gambar di atas menunjukkan kami baru jer sampai kat park nie. Baru jumpa port, belum keluarkan makanan lagi suami dah snap gambar. Tengok gambar tu, kami semua belum bersedia untuk disnap.

Salam pada semua :)
Ada yang tanya kenapa tak buat blog? Aku jawab: Entah, tak tau nak taip ape....katanya buatla so nanti bleh jadikan kenangan...tapi aku pikir lain...aku rasa sunyi dan nak kumpul kawan2 sebenarnya...kawan satu dunia mesti best....
Tajuk blog aku "Aku Di Bumi Allah" aku sangat suka mengingatkan aku hidup nie hanya sementara dan dunia ni hanya pinjaman dari Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Aku rasa diri aku hanyalah manusia yang amat lemah dan semua yang ada pada diri aku bukannya milik aku.....Semuanya milik Allah yang Maha Perkasa....Yang Maha Berkuasa.. Okielah aku nak sak sarapan dulu...ingat nak cuba masak sushi...barang2 dah beli...okie....jumpa lagi
Salam perkenalan dan salam sayang
Angohs...

1 Jun 2009 tercatat sejarah aku mempunyai blog sendiri. Diilhamkan dari suami yang sudah lama mempunyai blog sendiri. Terasa diri ini masuk ke alam cyber untuk mencari kawan-kawan yang sudi berkongsi pendapat dan cadangan. Diharapkan dengan lahirnnya blog ini, maka akan bertambah ilmu pengetahuan aku dan meningkatkan kefahaman aku dalam semua perkara. Janganlah hendaknya blog ini menjadi beban di akhirat kerana setiap post akan dipersoalkan di sana kelak. Moga blog ini bermanfaat kepada semua. Insyallah.

;;